Bahasa Melayu

Yang Kurik itu Kendi….

 

mss1714besar

Imej manuskrip yang terdapat/diambil dari DBP http://www.pnm.gov.my/manuskrip/melayu/03koleksi/mss1714besar.htm

Yang kurik itu kundi,
Yang merah itu saga,
Yang cantik itu budi,
Yang indah itu bahasa.

Bahasa Melayu itu sebenarnya kaya dengan budi bahasanya. Namun seringkali kita temui bahasa yang indah ini dicemari melalui sebaran media sosial. Generasi sekarang terdedah kepada pelbagai saluran teknologi yang membolehkan mereka berkomunikasi secara berkesan, namun kemudahan teknologi sahaja tidak mencukupi jika kita tidak beretika dalam komunikasi. Terkenang saya pada bahasa hikayat yang dikatakan dipengaruhi oleh gaya bahasa tradisi lisan (merujuk pada Siti Hawa Salleh, 2009 hlm. 68). Apa yang di kata oleh orang Melayu terdahulu, di catat apabila di ungkapkan semula, kita nampak keindahannya. Bezanya, dahulu tiada teknologi, komunikasi pertuturan yang menjadi buah mulut antara penuturnya, saya menjangkakan itulah sebabnya orang Melayu dahulu lebih berhati-hati dalam berkata-kata.

Dengan kemajuan teknologi, bahasa semacam sudah tiada ‘nilai’ budinya, bukan salah teknologi, tetapi kenalah kita renungi ‘amalan’ berbahasa kita.

Nota:
Penulis artikel bukan dalam bidang Bahasa Melayu, jika terdapat percanggahan terhadap pendapat yang terdapat pada artikel ini. Teguran dan komen pakar amat di alu-alukan.

Rujukan:

Siti Hawa Haji Salleh (2009). Kelopak Pemikiran Sastera Melayu. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia: UKM, Bangi, Selangor, Malaysia


Imej manuskrip yang terdapat/diambil dari DBP http://www.pnm.gov.my/manuskrip/melayu/03koleksi/mss1714besar.htm
Lesen: Domain Awam sebagaimana yang dinyatakan di https://ms.wikipedia.org/wiki/Fail:Mss1714besar.jpg
Sources http://www.pnm.gov.my/manuskrip/melayu/03koleksi/mss1714besar.htm

 

2 replies »

  1. Salam Dr Zahari,
    Satu perkongsian yang baik tentang kemerosotan ‘nilai’ bahasa dalam era teknologi ini. Tidak dapat dinafikan bahawa kemajuan teknologi turut memberi kesan terhadap bahasa, khususnya bahasa Melayu. Penutur sekarang tidak lagi begitu mementingkan bunga-bunga, bumbu, rencah dan hiasan dalam berbahasa. Hal ini disebabkan matlamat komunikasi ialah penyyampaian mesej. Apabila mesej diterima oleh sasaran, maka komunikasi sudah dianggap sebagai berlaku dan berjaya.

    Walau bagaimanapun, kita juga patut melihat bahasa dari sudut fungsinya. Memandangkan fungsi bahasa itu sendiri pelbagai, maka penggunaannya juga pelbagai. Jika bahasa digunakan oleh menyalurkan maklumat, kaedah yang paling ringkas dan cepat digunakan. Namun jika bahasa digunakan dalam konteks penghayatan, pemartabatan, menyatakan keindahan dan seumpamanya, bahasa perlu dikekalkan dalam bentuk asal. Jadi, sebagai satu entiti yang dinamik, bahasa tidak dapat lari daripada perubahan. Terpulang kepada penutur bahasa itu sendiri untuk menentukan fungsi penggunaan bahasanya.

    Konflik pengekalan citra bahasa dengan perkembangan teknologi memang semakin serius. Kita tidak harus berpihak ke mana-mana arah secara ekstrim. Kedua-duanya penting. Perkara ini perlu ditangani dengan baik agar bahasa dan teknologi berkembang seiring. Teknologi disanjung, bahasa dijunjung.

    Like

Leave a Reply to Dr. Zahari Hamidon Cancel reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.