Bahasa Melayu

Seloka Belajar Sepanjang Hayat

Seloka Belajar Sepanjang Hayat

Jadikan belajar satu kegemaran,
Meningkatkan ilmu itu sasaran,
Jangan mengalah hadapi cabaran,
Usia jangan jadikan ukuran.

Walaupun sudah ada kerjaya,
Tambahlah ilmu selagi terdaya,
Ilmu bertambah meningkat upaya,
Masa depan terjamin nescaya.

Tiada had umur untuk belajar,
Muda dan tua semuanya wajar,
Tidakkan salah ilmu dikejar,
Itulah tanda insan terpelajar.

Carilah ilmu bukan seteru,
Carilah tempat untuk berguru,
Tetap matlamat jangan keliru,
Marilah mula semangat baharu.

Pintu OUM sentiasa terbuka,
Jemputlah datang siapa yang suka,
Sambunglah belajar peluang terbuka,
Kejayaan menanti sudah terjangka.

Belajar di sini memanglah mudah,
Sangat fleksibel terkenal sudah,
Peluang di OUM jadikan wadah,
Kami tawarkan pengalaman indah.

Dr Ghazali Lateh,
OUM Shah Alam,
4 September 2018.

1 reply »

  1. Dua tiga kucing berlari
    Mana nak sama si kucing belang
    Dua tiga sudah ku cari
    Mana nak sama dengan ‘OUM’ seorang

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.