Article

Kenapa perfect tense susah sangat

Note: experimenting with explaining English grammar in Malay.

Apabila saya mengajar bab Tense dalam Bahasa Inggeris, saya sering mendengar keluhan pelajar pelajar saya yang mengatakan itu susah, ini susah. Paling kuat kedengaran keluhan ini adalah bila kita tiba pada bab Perfect Tense. Sebenarnya, bab ini senang, ia Cuma jarang sekali diterangkan dengan kelas oleh guru guru Bahasa Inggeris. Kenapa? Persoalan itu saya akan tinggalkan untuk anda perhalusi sendiri.

Terma Perfect Tense sebenarnya agak mengelirukan kerana ada dua perkara disini. Tense adalah kaitan perbuatan dan masa: past – masa lampau, present – sekarang, dan future – masa hadapan. Yang menjadi kekeliruan disini adalah aspek (aspect) yang dinamakan perfective. Ini kita temui dalam ayat ayat seperti, “He has eaten his rice”. Jika kita terjemahkan ayat ini , kita ada dapat ayat, ‘Dia telah makan nasi’ atau ‘dia telahpun makan nasi’. Mudah bukan?

Ayat diatas mudah sahaja. Ayat ayat perfective lain mungkin lebih rumit.

Aspek perfective ini sebenarnya melibatkan dua pandangan atau dua sudut pandang. Kita ambil contoh ayat, “Alin had shouted when the ball hit her”. Kita perinci ayat ini.

Ada dua perbuatan disini: Alin menjerit (Alin shouted) dan bola menghentam Alin (the ball hit her / Alin. Turutan kejadian adalah begini:

  1. Bola hentam Alin > B. Alin menjerit > Kita menceritakan kejadian

Tetapi apabila kita menggunakan ayat past perfect tense, kita menggunakan aturan begini.

A. Bola hentam Alin > B. Alin menjerit > Sudut pandang 1 > kita menceritakan kejadian Sudut pandang 2). Disini Sudut pandang 1 adalah terkemudian sedikit dari jeritan Alin. Maka, penceritaan kita adalah dari Sudut pandang 2 kepada Sudut pandang 1, bukan sebaliknya. Maka kita dapat ayat, “Alin had shouted when the ball hit her”.

Maka apabila kita menterjemahkan ayat ini, kita mendapat, ‘Alin telah menjerit setelah bola itu menghentamnya.

Mudah bukan?

1 reply »

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.