News & Events

Kunjungan hormat ke Pejabat JPNIN

926ba90f-0a62-41a6-a613-0b33ce774181

Pihak OUM yang diketuai oleh Puan Kamariah Mohd Nor (Vice President Operations & Learners Experience) telah mendapat persetujuan untuk bertemu dengan Ketua Pengarah, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) iaitu YBhg Datuk Baharin Idris pada 28 Februari 2019 bagi membincangkan tentang program Pendidikan Awal Kanak-Kanak OUM.

Menurut Datuk Baharin Idris, pihaknya sedang berusaha mempertingkatkan tahap kelulusan akademik guru prasekolah dan guru pembantu tadika Perpaduan yang sedang berkhidmat di tadika Perpaduan di seluruh Malaysia. Beliau amat tertarik dengan pakej yang ditawarkan OUM termasuk kemasukan pelajar yang kurang kredit atau tiada SPM menggunakan laluan alternatif APEL dan kaedah pembelajaran yang fleksibel yang membolehkan guru belajar tanpa meninggalkan tugas di sekolah.

Hasil daripada kunjungan ini pihak JPNIN telah menunjukkan respons yang positif  dan berminat untuk membincangkan lagi tentang kemasukan melalui APEL untuk lebih 600 guru tadika Perpaduan yang belum memiliki sijil diploma pendidikan awal kanak-kanak. Ini bagi meningkatkan taraf akademik guru Perpaduan dan memastikan guru Perpaduan dilengkapkan dengan pengetahuan dan kemahiran yang cukup dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak, juga memiliki sekurang-kurangnya diploma dalam bidang pendidikan awal-kanak.

Sejak akhir-akhir ini program pendidikan awal kanak-kanak semakin popular dan mempunyai permintaan yang tinggi. Ini mungkin disebabkan pelaburan dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak memberikan hasil pulangan yang tinggi daripada segi peningkatan kepasaran dalam perniagaan pendidikan awal kanak-kanak dan juga pengurangan kadar kecuaian penjagaan kanak-kanak dan keciciran sekolah.  Bagi menyediakan pengetahuan dan kemahiran asas dalam asuhan dan pendidikan awal kanak-kanak, program pendidikan awal kanak-kanak berusaha melahirkan pendidik awal kanak-kanak yang kompeten dan berkebolehan.

Program OUM yang mengiktiraf pengalaman sedia ada dapat membantu pelajar yang sedang bekerja mengaitkan pengalaman  mereka dengan pengetahuan yang dipelajari sepanjang mengikuti program di OUM. Walaupun bidang pendidikan awal kanak-kanak ini adalah bidang yang baharu, OUM sentiasa memastikan semua program pendidikan awal kanak-kanak adalah berdasarkan perkembangan terkini dalam industri ini dan semua pelajar yang mengikuti program ini ini mendapat pengetahuan dan pengalaman yang berguna untuk menjadikan mereka pendidikan yang benar-benar profesional. OUM adalah antara universiti yang menawarkan tiga peringkat program dalam pendidikan awal kanak-kanak iaitu Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak, Sarjana Muda Pendidikan Awal kanak-kanak dan Sarjana Pendidikan Awal Kanak-kanak. Kesemua program ini adalah diiktiraf dan telah mendapat perakuan akreditasi daripada MQA.

Categories: News & Events

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.