Pada 6 Ogos yang lepas, Dr Wirawani telah dijemput sebagai penceramah untuk Bengkel Motivasi Percaya untuk Berjaya yang dianjurkan oleh pihak PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Indah (SMKPI). Bengkel tersebut diadakan untuk memberi kata-kata semangat dan motivasi kepada pelajar-pelajar berpotensi yang bakal menduduki peperiksaan SPM tidak lama lagi.
Terdapat beberapa aktiviti yang dijalan bagi memupuk semangat bekerjasama dan berfikiran kritis serta kreatif para pelajar seperti membina binaan paling tinggi dan juga aktiviti baling telur. Pelajar-pelajar begitu bersemangat sekali kerana mereka ingin mendapatkan hadiah yang besar yang disediakan oleh pihak PIBG sekolah.
Aktiviti bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 12.00 tengahari. Dr Wirawani juga telah memberikan kata-kata semangat kepada mereka seperti ‘jika kamu dapat membina binaan ini, kamu percaya yang kamu dapat membinanya, ini bermakna kamu mampu berjaya”.
Pada akhir sesi, hadian disampaikan oleh Guru Kaunseling kepada pemenang-pemenang. Pelajar nampaknya seronok dan gembira dalam bengkel tersebut. Alhamdulillah…
Dr Wirawani juga menerima sijil penghargaan dari pihak PIBG. Semoga aktiviti sebegini akan mendapat lebih banyak sambutan daripada pihak sekolah di masa-masa akan datang.
Categories: News & Events